Friday, 30 November 2012

bunga pahar

ni bunga pahar yg aku reka sendiri masa kawen aku..ok x,lau g tgk kt kdai ade yang murah tp rekaan dia simple sgt...lau nk bli yg cantik harganye pun cantik jgk,last2 aku reka sndiri je,lg pun aku suke buat bde2 mcm ni lau ade masa lapang...rasa puas dapat myiapkan satu bunga...hihihi

saje nak share

Bunga ohh Bunga..Fakta tentang bunga ros

Dikenali juga dengan nama ros. Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca. Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk. Ros dan Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam. Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut. Namun mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.Ada pelbagai jenis mawar di dunia namun, ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar, Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden. Pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti ungu merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga. Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri. Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering digambarkan sebagai lambang kasih sayang. Satu masa dulu, di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan istana. Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza.